26Oktober....

Pertama dan mungkin terakhir kami...

Bukan PANGGILAN HANGET!!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa...


NotaJari:Tolong lakukan CPR!!


******

[ihsan dari encik mozilla firefox]

Sedang enak menekan papan kekunci,penulis dikejutkan dengan satu panggilan.NO NAME DISPLAY...siapakah gerangan??
Beredar ke bilik rekod untuk menjawab.Bagi sunyi sedikit dari kebisingan ''tetamu am'' hari-hari.

''Assalamualaikum'' ucap si pemanggil


''Waalaikumsalam'' jawab penulis.


''Cik R*** kan?'' tanya dia lagi.


''Ye..saya R***.Kenapa ye?'' makin risau.


''Saya dari balai polis Seremban.Nama cik telah di ''blacklist'' sebab dah lama tak bayar ansuran kereta'' terang dia.

Penulis lagi tambah kaget!!


''Bila masa lak saya beli kete Encik!!'' penulis bidas(kunun2 terer,walhal dah cuak)ngee~


******

Haish...panggilan itu membuatkan penulis rasa nak ''bunuh-bunuh'' je si pemanggil tadi.Ada ke patut dia gelak tahap gaban pada penulis.Rupa-rupanya si pemanggil adalah kawan penulis.Dia guna telefon pejabat tempat keje dia.So manalah penulis tahu kan??eeeeeeeeee.....geram tul!!!sabar jelah...nasib baik dalam telefon.Itu pun penulis rasa telinga dia mungkin akan hilang deria pendengaran sebab kena jerit.Rasakan!!!Satu bilik rekod dengar suara penulis..hahaaha..

Masing-masing sibuk lak bertanya...''kenapa dengan kau?''..penulis gelak jelah...bukan PAGGILAN HANGET dari HOTFM tapi panggilan ''hangat''!!...(dush3 kt kawan penulis dalam angin je)hik3...



p/s:Dia buat penulis tersenyum...hiks~

Airmata LELAKI

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..


NotaJari:Giler-giler punya key-in speed hari ni!!

******

''LELAKI menangis kerana gagal mempertahankan insan yang disayangi.LELAKI menangis kerana disaat insan yang disayangi menderita,mereka tidak mampu berbuat apa-apa.Menangis bukan menjadikan lelaki itu lemah tetapi lebih kuat kerana tidak ramai lelaki yang mempu menunjukkan perasaan mereka.Pujangga ada menyatakan bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis airmata''


p/s:Korang yang bernama lelaki,apa pendapat?

''BERCINTA'' dalam hujan

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa...


NotaJari:Hujan itu rahmat dari ''DIA''..


******

Pernah merasai kenikmatan 'bercinta' dalam hujan?Amat mengasyikkan tatkala diselimuti dengan bunga-bunga cadar satin.Jika mahu lebih mood,sila layan lagu ini....hehehe...Tubuh pulak seperti 'udang kena bakar'.Lagilah syok!!

Tak endahkan gelap diluar yang semakin muncul mentari pagi.Jam yang dikunci,lantaklah berbunyi walaupun membisingkan telinga.'CINTA' dalam hujan lebih penting.Selimut makin ketat dipeluk tubuh.Ayam jantan mengalunkan suara gagah tanpa pedulikan sesiapa pun.Azan Subuh sayup-sayup kedengaran memanggil penghuni alam.Sudah...sudah...bangun!!Sambung saja 'bercinta' dalam hujan lain hari....ngee~Love Drops

p/s:Korang paham tak?hik3...

Berebut nak jadi KETUA KAMPUNG...

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..

NotaJari:Dah dah,jangan pikir pasal dia lagi...

******

Balik ke kampung raya haji lepas,macam-macam cerita yang kurang enak penulis dengar dari mak.Penulis geleng kepala.Kampung yang seceruk macam tu pun ada masalah sosial seperti di bandar.Bila pengaruh luar menusuk dalam otak,maka akal tidak lagi berfungsi dengan baik.Menetap di pekan kecil tapi sudah rosak akhlak.Itu belum lagi tinggal di kota besar seperti KL yang mengundang 1001 macam anasir-anasir yang belum tentu 100% ada baiknya.

Berebut untuk menjadi KETUA KAMPUNG lain lak halnya.Entah apa yang ada pada jawatan itu,sampaikan masing-masing berebut,penulis pun tak tahu.Mungkin mahu gah nama sebagai Ketua Kampung.Ke sana sini yang kunun-kununnya bekerja untuk penduduk tapi kemajuan tidak ada langsung.Rasanya tiada perubahan di kampung penulis langsung walaupun ketua kampung saling bertukar rupa.Hanya ''cap mohor'' je yang hebat di kertas putih.Bila memohon apa-apa yang berkaitan dengan perihal kehidupan tanpa melalui ketua kampung,dimarah pulak.Apa kesss???

Orang kampung yang lama menetap diketepikan sebarang bantuan.Rumah sempurna sedikit tapi berhutang dianggap senang lenang.Ada ke patut?Jawab jawab!!!Berebutlah selagi rasa ingin ada hajat dihati untuk berjawatan.Buat malu kampung sebelah jeee...haish...kampungku..kampungku....ngee~


p/s:Biar penulis yang jadi Ketua Kampung..tamat!!!

Marahnyeeee..!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..


NotaJari:Sessi melepas geram kesumat!ngee~

******

Buang masa menunggu bas yang silap tempat.Ada ke patut platform yang sepatutnya untuk bas ke Kajang digantikan dengan bas xpress!!Tunggu punya tunggu,alih-alih yang sampai bas xpress ke JOHOR BAHRU.Satu jam lebih penulis menunggu di platform 25.Kot ye pun nak letak untuk bas xpress,buang ke...cabut ke...papan tanda untuk ke Kajang tu.Ni tak,masih terpampang lagi.Bikin confused orang jeee!!Haish...marah ni!!

Nak berjalan ke stesen komuter,kaki dah penat.Sabar jelah.Bila dah bas xpress dok parking kat situ,penulis pusing-pusing sekitar terminal 1.Akhirnya,penulis terjumpalah bas yang akan menuju ke Kajang di platform yang lain(platfrom 13 kot).Bukan penulis saja yang mengalami situasi tadi,orang lain pun sama.Bas...bas....penulis nak marah sape ni?Bas ke...bus driver ke...syarikat bas tu ke.....???


p/s:Tambang bas semakin mahal!!

Silap tingkat!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa...


NotaJari:Kekenyangan rendang+nasi himpit+lemang...ngee~

******

Khamis lepas,penulis ditugaskan ke Hospital Serdang untuk menghantar sampel darah.Tak pernah buat sebelum ni tapi disebabkan klinik tidak cukup ''kaki dan tangan'' penulis gagahkan diri jugak.I'm going with ''abang driver'' yang memanggil penulis dengan nama as ERMA.Not so may name ok abang!!hehehe....Sampai di sana,penulis terjah ke lobi.Ringankan mulut bertanya di mana harus kami hantarkan sampel darah tadi.Kemudian,kami diarahkan ke tingkat 3.Unit PATOLOGI ada di sana.Punyalah jauh kami menapak dari lif tadi.Dah rasa macam hujung dunia...

Selesai urusan yang hanya 5 minit,kami beredar dari situ.Kembali ke lif semula.Penulis turun dulu sebab ''abang driver'' mahu singgah ke bilik termenung.Confident je nak turun sensorang.Penulis tekan butang 1.Sedia untuk keluar.Bila langkah keluar dari lif,penulis hairan.Kenapa lain macam je tempat ni.Tak ramai orang pun.Laluan sunyi sepi.Mesti silap ni..Penulis cakap sendiri.

Masuk semula lif.Tekan butang 2.Kali ni penulis selamat sebab betul!!hik3...


******

Di Klinik(11 am)

''Eh kak,masa aku kat hospital tadi,aku silap tekan.Lupa pun ye gak.Alih-alih aku sampai tingkat 1.'' ceritaku pada si A.


''Bukan ke tingkat 1 tu bilik mayat!'' balas si A.


''Haaaaa...betul ke kak?Kau jangan main-main.'' penulis terkejut.


''Betul lah.'' sambung si A lagi.

Penulis sedikit terkejut(padahal seram sejuk dah) sebab tak sangka tingkat 1 tu bilik mayat.Patutlah sunyi sepi je.Nasib baiklah,penulis jalan tak terus menonong ke mana-mana masa tu.Cuma selangkah dua sebab dah rasa salah tingkat..Haish...lain kali kena ingat betul-betul di mana tempat yang betul.ngee~


p/s:Rindu pada dia...

Bakal Hilang!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..

NotaJari:Sedang melayan lagu ini.

******

Tiada mood untuk menulis entri yang panjang berjela.Cuma penulis bakal hilang sesuatu depan mata!!Apakah yang bakal hilang...???Hmmm...secret!ngee~
Kehilangan itu bukan gembira.....



p/s:SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..(*_^)